Nicol makin hampir

Posted: 30/03/2013 in Uncategorized

 

45

Apabila keadaan memerlukan, Datuk Nicol David (gambar) tahu bagaimana melakukannya.

Itulah yang dapat diperkatakan mengenai reputasi pemain nombor satu dunia itu apabila hanya selangkah lagi untuk mara ke final Kejohanan Kejohanan Skuasy Terbuka CIMB Kuala Lumpur 2013 selepas menewaskan pilihan kelapan dari England, Jenny Duncalf.

Nicol mengatasi Jenny dalam saingan tiga set dengan keputusan 11-8, 11-7, 11-2 pada saingan suku akhir di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur malam tadi.

Kini Nicol bakal berdepan Laura Massaro pada separuh akhir, hari ini selepas pemain England itu menundukkan Madeline Perry dari Ireland, 11-2, 9-11, 11-4, 11-5 dalam perlawanan yang mengambil masa 53 minit.

“Pertemuan ini kelihatan mudah serta dirasakan singkat tapi sebenarnya perlawanan tiga set itu sebenarnya agak panjang. “Saya agak kurang mantap set pertama tapi dapat bangkit dan memanfaatkan setiap peluang sepanjang perlawanan tiga set itu. “Saya mendapat suntikan semangat apabila atlet terjun, Pandelela Rinong juga datang memberi sokongan pada perlawanan itu kerana kami sering mengirim Twitter satu sama lain sebelum perlawanan.

“Saya harap dapat memberikan persembahan terbaik ketika berdepan Laura hari ini. “Rasa tidak sabar mahu menanti cabarannya dan perasaan saya juga berada pada tahap terbaik. Kita tunggu perlawanan esok (hari ini),” kata pemain digelar ‘Duracell Bunny’ itu selepas mempamer aksi menarik sepanjang perlawanan lebih 40 minit itu.

Nicol juga berada pada landasan tepat memburu gelaran kelapan kejohanan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s